Jumaat, 23 Mac 2012

PANTUN.... Sirih bermadah pinang dibelah, Adat diturut tersusun rapi, Merisik sudah bertunang pun sudah, Tiba kini majlis dinanti. Lembayung Senja menggamit malam, Menangis jentayu menanti hujan, Hajat mulia menyusul salam, Pohon restu kehadiran tuan. Sirih bertepuk pinang dibelah, Dijamu untuk tetamu kami, Merisik sudah bertunang sudah, Kini tiba pengantin dirai. Beras kunyit kami taburi, Air mawar direnjis wangi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai. Tepak perak indah berseri, Dibawa orang dari Deli, Menyusun jari memohon sudi, Raja sehari sama dirai. Daun selasih daun semulih, Pohon pinang jambatan mandi; Mari kita bertambat kasih, Kasih kupinang mengikat janji.
PANTUN.... Sirih bermadah pinang dibelah, Adat diturut tersusun rapi, Merisik sudah bertunang pun sudah, Tiba kini majlis dinanti. Lembayung Senja menggamit malam, Menangis jentayu menanti hujan, Hajat mulia menyusul salam, Pohon restu kehadiran tuan. Sirih bertepuk pinang dibelah, Dijamu untuk tetamu kami, Merisik sudah bertunang sudah, Kini tiba pengantin dirai. Beras kunyit kami taburi, Air mawar direnjis wangi, Undangan kami setulus hati, Harap sudi datang merai. Tepak perak indah berseri, Dibawa orang dari Deli, Menyusun jari memohon sudi, Raja sehari sama dirai. Daun selasih daun semulih, Pohon pinang jambatan mandi; Mari kita bertambat kasih, Kasih kupinang mengikat janji.

Jumaat, 9 Disember 2011

Cinta

Dari jiwa dan raga setiap insan ,
bukan hanya melahirkan cinta pada seorang kekasih ,
cinta juga boleh lahir untuk semua makhluk Allah .

Cinta Yang Paling Utama ,

Cintailah Allah Yang Maha Suci .


Bicara Cinta

Di hatiku ada cinta
Di hati mu bertunas cinta
Sudikah kau bercinta
Kita temukan dua jiwa
Kemari cantumkan dua hati menjadi satu .

Biar perasaan terus merindu
Sedang hati sudah berpadu
Biar mata ingin bersua
Walau jiwa sudah bersama
Biar telinga mahu mendengar
Kerana mulut selalu berkata .

Kita menulis membelai cinta
Membena rasa bahagia
Jauhi duka derita .

Sabar menunggu saat bersama ...

Rahsia petua melayu lama untuk wanita


Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang.
Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petuapetua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1 Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2 Wajah Suci

Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3 Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh
4 Taman Semerbak
Mewangi Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.
5 Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.
6 Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7 Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’setelah berkahwin nanti.
8 Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

Khamis, 8 Disember 2011

PANTUN....
Sirih bermadah pinang dibelah,
Adat diturut tersusun rapi,
Merisik sudah bertunang pun sudah,
Tiba kini majlis dinanti.

Lembayung Senja menggamit malam,
Menangis jentayu menanti hujan,
Hajat mulia menyusul salam,
Pohon restu kehadiran tuan.

Sirih bertepuk pinang dibelah,
Dijamu untuk tetamu kami,
Merisik sudah bertunang sudah,
Kini tiba pengantin dirai.

Beras kunyit kami taburi,
Air mawar direnjis wangi,
Undangan kami setulus hati,
Harap sudi datang merai.

Tepak perak indah berseri,
Dibawa orang dari Deli,
Menyusun jari memohon sudi,
Raja sehari sama dirai.

Daun selasih daun semulih,
Pohon pinang jambatan mandi;
Mari kita bertambat kasih,
Kasih kupinang mengikat janji.